Friday, November 26, 2010

MASALAH GAGAP....???

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive yang lain. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut. Dalam bahasa Inggeris British iatilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas


Biasanya, gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masaalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya
Gagap kadang kala bertukar menjadi tersekat, ia itu, walau huruf atau syllable pertama menjadi mustahil untuk disebut, contoh. tersekat. Ini sering mendorong kepada sebutan mengarut menggantikanm perkataan tersebut; menyebabkan syllables tiada makna menggantikan perkataan itu; sering kali memaksa cubaan berulang kali bagi menyebut perkataan tersebut; dan dalam kes melampau boleh menyebabkan seseorang gagap berhenti cuba menyebut perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain sama sekali. Penjelasan biasa yang digunakan adalah ketika cuba mengelakkan gagap atau bimbangkan kegagapan ketika menyebut menyebabkan gagal menyebutnya sama sekali. Ini juga merupakan tindakan luar kawal walaupun permulaan gagap kepada tersekat boleh juga separa maksud partly intentional.
Terdapat juga kemungkinan komponen genetik kepada gagap, kerana ia boleh diwarisi; walaupun tiada gen khusus dijumpai masa kini.


SEBAB DAN MULA BERLAKU


Pada masa lalu, masalah ini sering dikatakan masalah (psychological), seperti kanak-kanak belajar bertutur dan merasa bimbang akibat gagal mencari perkataan yang khusus. Ini disebabkan mereka yang gagap kadang-kala mampu bertutur secara normal, terutama ketika berada dalam keadaan tenang. Ini menunjukkan ia bukannya disebabkan kecacatan fizikal.
Barangkali pandangan meluas masa kini adalah ia disebabkan oleh masalah penyelarasan neural dalam otak. Penyelidikan terkini menunjukkan gagap berkait dengan ganguan fiber antara kawasan pertuturan dengan kawasan perancang pertuturan kedua-duanya di kiri sereberal hemisphere otak. Gangguan ini boleh disebabkan kerosakan otak awal atau kaitan genetik.
Gagap kemungkinannya disebabkan oleh (psychogenic) (berasal dalam pemikiran), walaupun ia jarang berlaku. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah mental atau dalam keadaan tertekan.
Satu keadaan yang diketahui dengan jelas adalah is menjadi teruk dengan kebimbangan. Kebimbangan melampau juga boleh, walaupun jarang, menyebabkan ia timbul pada mereka yang tidak pernah gagap sebelum ini. Dikatakan, hanya cara untuk mengurangkan gagap adalah mengajar mereka bertenang. Ini dapat membenarkan mereka bertutur tanpa gagap sehingga sesuatu tekanan timbul. Pastinya tidak semua orang boleh diajar bertenang, dan bukan semua orang yang kelihatan bertenang akan menerima kebaikan yang jelas.


Mereka yang gagap mungkin menghadapai lebih kesulitan dengan mereka yang tidak dikenali, menyebabkan ia lebih sukar untuk membuat kawan baru, sebagai contoh. Nota pratikal bagi mereka yang tidak gagap: kebanyakan mereka yang gagap berharap masaalah itu diabaikan dalam situasi normal. Bagaimanapun, sekiranya gagap menyebabkan masaalah kepada pendengar, seseorang tidak perlu takut untuk berbincang mengenainya.

0 comments:

Post a Comment

Previous Post Next Post Back to Top